fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM: Petron santuni 39 anak yatim

Pengusaha stesen minyak Petron, Azham Ariff

IPOH, 18 Mac- Konvoi Jelajah Ramadan RTM ke-12, 2024 singgah ke negeri Perak, hari ini.

Menyantuni, 39 anak yatim daripada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Ipoh.

Kesemua mereka menerima kelengkapan baju raya menerusi program yang digerakkan syarikat Petron selaku antara penaja utama Jelajah Ramadan kali ini. Ia merupakan salah satu daripada tiga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petron di Perak.

Penganjurannya, bertujuan menyemai rasa sayang dan keinsafan dalam kalangan peserta termasuk kakitangan Petron.

"Tambahan pula apabila kita bersama dengan pihak Jelajah Ramadan RTM kita mendapat liputan media. Dengan harapan program ini dapat memberi impak yang lebih kepada masyarakat terutama kepada golongan-golongan yang memerlukan. Kita hendak berkongsi lebih banyak secebis kegembiraan itu bersama lebih ramai golongan yang memerlukan", kata Pengusaha stesen minyak Petron, Azham Ariff.

"Saya bagi pihak pengurusan bersyukur sangat-sangat sebab ada pihak yang ingin membantu kita untuk menaja pakaian hari raya untuk anak-anak kita dan dalam masa sama kita berterima kasih kepada pihak Petron dan juga RTM kerana membuat program ini dan memilih asrama Darussalam sebagai salah satu pihak yang ditaja", kata Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Safwan Sulaiman.

Sementara itu, penerima yang ditemui jelas gembira dengan penganjuran program seumpama itu.  

" Seronok gembira sebab kita beli baju baru", ujar Putra Iskandar Chong.

"Beli baju melayu, stokin dengan sampin, gembira sangat dapat baju baru sebab tahun ini tema warna biru", kata Wan Muhamad Mukriz Abdullah.

"Saya ucap terima kasih kepada Jelajah Ramadan RTM bersama Petron kerana belanja kami di sini", kata Muhammad Awalludin Mohd Fitri.

Selain sumbangan pakaian raya, Petron turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua anak-anak yatim berkenaan. 

ROSLINA BINTI DIN