fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM 2024, dapat kerjasama baik semua pihak

Foto FB MUTIARAfm - RTM Pulau Pinang

BALIK PULAU, 18 Mac- Pelbagai lapisan masyarakat disantuni menerusi pelbagai aktiviti dianjurkan dalam program Jelajah Ramadan RTM 2024 di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata kerjasama baik daripada rakan-rakan strategik di negeri tersebut juga sangat memberangsangkan.

"Kerjasama daripada rakan-rakan strategik di Pulau Pinang ini amat baik.

"Kita mendapat kerjasama bukan sahaja daripada pihak NCER, begitu juga pegawai pejabat daerah dan juga pihak Masjid Daerah Barat Daya yang memberi komitmen sepenuhnya kepada program Jelajah Ramadan RTM edisi Pulau Pinang ini," kata Nasaruddin kepada pemberita di sini.

"Dengan rakan-rakan strategik dengan kerjasama pihak Petron dan Masjid Daerah Barat Daya sendiri, kita buat borong gerai yang mana kita tentukan empat buah gerai dan kita edarkan hasil borong gerai ini kepada orang ramai. Dan apa yang saya nampak orang ramai berpuas hati dan juga gembira dengan barang juadah berbuka yang mereka perolehi," kata Penerbit, Asri Ishak.

"Program ini, kita buat bubur lambuk kita buat amal jariah supaya peserta- peserta kita terlibat juga secara sukarelawan," kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan.

Program yang bermula seawal pukul 4.45 pagi itu berakhir sekitar pukul 8.00 malam tadi.

Antara program yang dijalankan adalah qiamullail, Subuh Macam Jumaat, Sahur Perdana, Kongsi Rezeki dan edaran bubur lambuk.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM