fb fb fb fb fb

JBPM Kedah selenggara pili bomba secara berkala

Awang Hidzel Awang Bujang

ALOR SETAR, 15 Februari- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah melakukan penyelenggaran berkala pili bomba bagi memastikan ianya dalam keadaan baik bagi menghadapi situasi kecemasan.
 
Pengarahnya Awang Hidzel Awang Bujang mengakui terdapat pili bomba awam yang rosak akibat perbuatan vandalisme individu tidak bertanggungjawab merosakkan secara sengaja atau tidak.

Terdapat 26,578  buah pili bombba iaitu 22,491 pili bomba awam manakala  4,087 adalah milik swasta iaitu di premis persendirian di negeri itu.

"Apabila pili bomba dipasang kadang-kadang tidak sengaja dilanggar oleh lori ada juga unsur vandalisme. Kita ada juga cara untuk mengatasi salah satu kesalahan buang sampah, timbun tanah atas pili juga merupakan satu kesalahan," katanya kepada pemberita media selepas Majlis Perhimpunan tahunan 2024 JBPM Negeri Kedah di sini.

Sebanyak 21 notis dikeluarkan atas kesalahan berkaitan pli bomba pada 2021 dengan jumlah kompaun RM1,600, meningkat 52 notis pada 2022 dengan kompaun RM4,000.
 
Manakala  63 notis pada 2023 dengan jumlah kompaun RM4,800.
 
Masing-masing tiga kes didakwa ke mahkamah pada 2021 dan 2022 dan meningkat lapan kes pada 2023.
 
Tindakan dikenakan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)  kerana  menyalah guna pili bomba.
 
Sebelum ini dilaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT mengarahkan JBPM melakukan operasi besar-besaran  serta merta memeriksa dan memastikan semua pili bomba berfungsi dengan baik untuk kegunaan kecemasan susulan kejadian kebakaran di flat Sri Sabah dua hari lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI