KUALA LUMPUR, 4 April- Pengarah Filem Pendek, 'Janji' Amirul Asyraf Alias menampilkan konsep 'bahagia dengan cara tersendiri' yang ditayangkan di RTM Klik sempena Ramadan.
Konsep itu konsep berlainan dengan Ramadan sebelum ini iaitu konsep keluarga bahagia walaupun berada dalam serba kekurangan.
Tahun ini ia lebih menumpukan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
"Mungkin cerita ini adalah untuk orang yang kurang bernasib baik, yang ahli keluarganya tidak lengkap.
"Tetapi itu tidak bermaknakit amemandang rendah kepada golongan ini. Biarpun kekurangan ahli keluarga, kita mahukan kegembiraan bersama-sama," katanya kepada pemberita di sini.
Sementar itu Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman yakin konsep berlainan yang dibawa kali ini mampu menarik penonton memandangkan ia pertama kali ditayangkan menerusi RTMKlik.
"Satu kasih sayang, dua, kita kena ada ilmu untuk menjaga orang-orang tua. Sebab itu apabila masyarakat kita semakin ramai yang berumur kita kena ada ilmu untuk menjaganya.
"Sebab ada banyak perkara yang mungkin kita tidak tahu. Sebagai contoh penjagaan kesihatan, pemakanan dan kebersihan. Itu semua kita kena tahu," katanya.
Bagi teraju utama filem pendek itu Jalil Hamid menifatkan ia mempunyai kaitan dengan pengalamannya sendiri.
"Itu daripada pemerhatian saya, daripada perkara lampau. Mungkin mengenai arwah datuk, ketika itu saya masih muda. Saya yang menjaganya ketika dia sakit," katanya.
Filem Pendek terbitan RTM ini akan disiarkan sepanjang Ramadan bermula 6 April 2024 di saluran RTMKlik dan RTM Youtube.
Antara pelakon terlibat termasuk Jalil Hamid dan Hirzi Jalil.