fb fb fb fb fb

"Jangan jual santan cair" - Fuziah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Dr Fauziah Salleh

NILAI, 24 Mac - Peniaga santan diingatkan agar tidak menjual santan cair kepada pelanggan bagi mengaut keuntungan susulan harga bahan mentah itu ditetapkan RM17.50 sekilogram bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri 2025.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Dr Fauziah Salleh, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya, jika terdapat peniaga santan yang melakukan perkara itu kepada pelanggan.

"Jangan ambil kesempatan sebab buat masa ini kita tidak ada mekanisme untuk ukur berapa banyak air berapa banyak santan. Jangan ambil kesempatan, jika kita dapati ada yang berbuat demikian KPDN akan siasat," kata Dr Fauziah pada program Walkabout dan Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa Tahun 2025, di sini.

Tambah Dr Fuziah bekalan santan adalah mencukupi dan stabil bagi menampung permintaan pengguna menjelang Aidilfitri ini. Sebelum ini, media melaporkan santan antara 26 barangan yang tersenarai dalam SHMMP Aidilfitri 2025 yang bermula 24 Mac hingga 7 April ini.

Empat barang tersebut ialah bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (Ros), lobak merah dan santan.

Dalam pada itu, peniaga juga diingatkan agar tidak menaikkan harga lemang berikutan tiada kenaikan harga santan seperti yang didakwa sebelum ini. Peniaga juga perlu meletakkan tanda harga mengikut saiz lemang yang ditetapkan bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.

TETITIA YUSOFF