fb fb fb fb fb

Jalinan hubungan Pengakap Kedah dan Pattani kukuhkan kerjasama pelbagai bidang

Foto RTM

PATTANI, 6 April - Pengakap Negeri Kedah menjalinkan kerjasama dengan pimpinan dan usahawan dari wilayah Pattani, Thailand.
 
Kerjasama tersebut adalah untuk merapatkan dan memperkukuh hubungan dua hala antara pimpinan pengakap dan warga pendidik Kedah bersama pimpinan di Selatan Thailand.
 

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Dr Zulkifly Muhamad berkata seramai 32 delegasi dari Kedah dan 40 delegasi dari Thailand telah mengadakan pertemuan sempena program Iftar Roud Tour pimpinan Pengakap Kedah ke Wilayah Pattani, Thailand, semalam (Jumaat).
 
Antara wakil delegasi dari Kedah yang hadir termasuk Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman serta barisan kepimpinan Pengakap Negeri Kedah.
 
Manakala delegasi Thailand diketuai Ahli Parlimen Pattani, Profesor Dr. Ahmad Worawit Baru.
 
Datuk Dr Zulkifly berkata, perkara yang dibincangkan antara kedua-dua pihak adalah berkaitan ruang kerjasama dalam bidang pendidikan, keusahawanan, kebudayaan dan komunikasi.
 
Beliau berharap, pertemuan tersebut akan memberi impak positif terhadap kedua-dua pihak.
 
Ia memandangkan Kedah dan Pattani terletak di kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD