Jalan Tun Sardon ditutup hingga Sabtu susulan tanah runtuh

Lokasi tanah runtuh di Jalan Tun Sardon / Foto Facebook JKR Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 23 Oktober -Jalan Tun Sardon di Balik Pulau ditutup sementara sehingga pukul 6 petang Sabtu, susulan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JKR memaklumkan penutupan sementara bagi membolehkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan di lokasi kejadian.
  • Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan awal untuk mengelakkan kesesakan.
  • JKR menghargai kerjasama pengguna jalan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pemulihan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menerusi kenyataan memaklumkan, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan serta penyelenggaraan di lokasi kejadian.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan,” menurut kenyataan itu.

JKR turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pengguna jalan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pemulihan.