fb fb fb fb fb

Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, alternatif elak kemalangan

Mohamad Fazli Mohamad Salleh

KULAI, 21 Disember- Jalan FT 001 Kilometer 38–40, Johor Bahru ke Ayer Hitam, di Kulai siap dibina pada 21 November sebagai alternatif bagi mengelakkan kes kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan lori muatan berat.

Laluan sejauh 1.3 kilometer itu adalah bagi menggantikan selekoh 'S' di lokasi tersebut kerana sering berlaku kemalangan berikutan permukaan curam.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek bernilai RM9.5 juta diserahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN), sebelum diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

"Projek ini dimulakan pada 2016 tetapi pada tahun 2021 berlaku sedikit gangguan yang menyebabkan kita terpaksa tamatkan kontraktor lama.

"Kita buat sebut harga semula, dan alhamdulilah dapat disiapkan pada November 2023," katanya dalam Majlis Penyerahan Projek tersebut di sini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor berusaha menyiapkan beberapa projek sakit lain yang dikenal pasti, antaranya Projek Jalan Kempas dan Projek Kampung Rahmat yang dijangka siap tahun hadapan.

Kerajaan Johor sedang menyenaraikan lokasi laluan gelap dan tiada bekalan elektrik untuk dipasang garisan jalan bercahaya selain pemasangan lampu solar dan menambah pemasangan pemantul cahaya bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI