(Anthony Loke pada Majlis Pelancaran Nama Baharu Bagi Jalan Temiang Kepada
Jalan Dr Chen Man HinTeo Kok Seong)
SEREMBAN, 18 Mei- Kerajaan Negeri Sembilan menukar nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin, bekas Ahli Parlimen Seremban, sebagai tanda penghormatan kepada jasa mendiang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah baik mengabadikan jasa tokoh tersebut.
"Jadi, sumbangan beliau sudah tentu besar dan kita hargai sumbangan beliau.
"Dan dengan menamakan jalan ini, adalah satu pengiktirafan besar kepada perjuangan dan sumbangan beliau. Jadi, saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri," kata Loke kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Nama Baharu Bagi Jalan Temiang Kepada Jalan Dr Chen Man Hin di sini.
Mendiang Dr Chen dikenali sebagai seorang yang berdedikasi dalam perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Seremban dan telah memegang jawatan tersebut selama lima penggal.
Jalan yang ditukar nama itu meliputi jarak sepanjang 3.3 kilometer dan merupakan laluan utama penduduk setempat.
(Jalan Dr Chen Man Hin nama baharu Jalan Temiang)