JAKIM selaras tindakan bersama pihak berkuasa agama negeri, PDRM

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee

PUTRAJAYA, 11 Oktober -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyelaras tindakan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan sewajarnya terhadap isu tular membabitkan penyertaan seorang individu islam dalam ritual agama lain berunsur pemujaan berhala.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penelitian terhadap perlakuan individu dilaksanakan pihak berkuasa berasaskan fakta dan undang-undang.
  • JAKIM komited memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk tindakan tegas dan menyeluruh.
  • Laporan telah dipanjangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri untuk semakan dan siasatan lanjut.
  • Nasihat berhati-hati menghadiri ritual bukan Islam; MKI menegaskan penyertaan umat Islam dalam pemujaan berhala haram.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, penelitian terhadap perlakuan individu berkenaan yang dikaitkan dengan isu itu akan dilaksanakan pihak berkuasa berasaskan fakta dan undang-undang.

“JAKIM sentiasa komited memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menangani isu itu dengan tegas dan menyeluruh” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya juga telah memanjangkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri untuk semakan dan siasatan lanjut.

Beliau turut menasihati semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam apa jua acara ritual keagamaan bukan Islam.

Ia selaras dengan penegasan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), penyertaan umat Islam dalam ritual keagamaan agama lain yang melibatkan unsur pemujaan berhala adalah haram dan dilarang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.