fb fb fb fb fb

JAKIM anjur solat hajat sehingga akhir Ramadan, tanda solidariti Palestin

Foto hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Tiga masjid utama bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat bermula hari ini pada setiap malam selepas solat fardhu Isyak hingga akhir Ramadan, sebagai tanda solidariti dan doa buat saudara seagama di Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menerusi kenyataan berkata masjid yang terlibat ialah Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau berkata pihaknya mengutuk keras pengkhianatan perjanjian gencatan senjata terhadap rakyat Palestin yang terus menerus menyerang dan mengorbankan nyawa.

Beliau mengajak umat Islam di negara ini mengambil peluang keberkatan bulan Ramadan yang mulia untuk bermunajat dan dan berdoa kepada Allah SWT agar keselamatan dan kemenangan akan diberikan kepada rakyat Palestin yang terus ditindas dan dizalimi tanpa belas kasihan.

“Semoga di bulan yang penuh rahmat ini, Allah SWT mengabulkan doa kita untuk mereka yang sedang berjuang di jalan-Nya,” katanya.

ROSLINA BINTI DIN