fb fb fb fb fb

JAKIM, agensi negeri rangka pelan pemulihan akidah ahli GISBH secara sistematik

FOTO FAIL

JOHOR BAHRU, 23 November - Pelan pemulihan akidah membabitkan ahli GISB Holdings (GISBH) telah dirangka dengan sistematik dan teliti termasuk memulihkan ahli GISBH tegar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM ) bersama-sama semua jabatan agama Islam negeri akan memainkan peranan itu.

Ia bagi memastikan ia dilaksana mengikut pelan yang diatur dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Semua butiran mengenai GISB perlu diteliti rapi pihak berkuasa, sebelum ia boleh diumum kepada orang ramai.

"Segala maklumat yang dikongsikan perlu disemak diteliti dan kita akan rujuk kepada pihak berautoriti. Kita sudah ada pelan pemulihan, sudah pasti pelan pemulihan itu mengambil kira kesemua aspek tersebut.

"Kita akan laksanakan pelan itu dan kita akan tambah baik dari semasa ke semasa," kata Dr Zulkifli selepas merasmikan Dialog Perpaduan Malaysia MADANI, di sini.

Seramai 200 peserta mengikuti program berkenaan bertujuan meningkat kefahaman dan  mengukuhkan perpaduan dalam kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini.

TETITIA YUSOFF