fb fb fb fb fb

Jadikan MAIPK badan hijrahkan pemikiran dan budaya ummah lebih dinamik dan progresif

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis bagi penggal 2024-2025, Hakim Mahkamah Syariah serta Majlis Penyerahan Zakat di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh

IPOH, 12 Januari - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) perlu menjadi sebuah menjadi sebuah badan bertindak yang aktif menggerakkan pelbagai program syiar Islam dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid.  

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah MAIPK tidak seharusnya membatasi peranan dengan imej berorientasikan isu tetapi menjadi sebuah badan yang berupaya menghijrahkan pemikiran dan budaya ummah menjadi lebih dinamik serta progresif.  

Baginda berpendirian adalah penting untuk MAIPK mewujudkan rangkaian strategik agar berperanan lebih bermakna dalam usaha memenuhi tugas fardu kifayah untuk memajukan ummah dan meningkatkan syiar Islam.  

"Jika keagungan Islam mahu dijulang, jika martabat bangsa mahu didarjatkan usaha untuk memperkayakan generasi muda dengan ilmu wajib diberikan tumpuan melalui persepakatan gerakan yang tersusun lagi strategik diselaraskan dan digabungkan.

"Dlam hasrat mewujudkan pendekatan strategik tersebut majlis bersama-sama institusi Orang Besar Jajahan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia dan Sukan, Yayasan Perak, Majlis Belia Jegeri serta Jawatankuasa Masjid perlu digabungkan," titah baginda Sultan Perak dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis bagi penggal 2024-2025, Hakim Mahkamah Syariah serta Majlis Penyerahan Zakat di Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh.

Usaha itu sebagai mewujudkan rangkaian kerja strategik, mengoptimumkan, menyelaras dan mengkoordinasi sumber dan tenaga serta merintis usaha.

Pada majlis sama, baginda juga mahu tenaga dinamik dimiliki belia diempang secara produktif agar menjadi kuasa yang konstruktif untuk membangunkan masyarakat dan negara.

"Sewajibnya, masjid diperkaya dengan aktiviti-aktiviti yang berupaya menarik minat anak muda, Beta disembah maklum semasa berlangsungnya Persidangan Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak pada 25 november 2023, wakil belia telah menyarankan agar masjid menganjurkan pertandingan e-sport atau sukan elektronik dalam kalangan belia di kariah masing-masing," titah baginda.

TETITIA YUSOFF