fb fb fb fb fb

ITC digesa perkasa pelancongan mesra Muslim

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing

SELANGOR, 7 Februari - Pusat Pelancongan Islam (ITC) digesa mengambil langkah proaktif dalam membangunkan produk pelancongan mesra Muslim agar terus berdaya saing.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing berkata, peluang kebersamaan antara Malaysia-China harus dimanfaatkan sebaik mungkin dalam meningkatkan pertukaran budaya dan seni kedua-dua negara.

Selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 platform itu diharap dapat diperkukuhkan menerusi lebih banyak program serta promosi melibatkan kedua-dua negara tersebut.

Tiong King Sing berucap pada majlis ulang tahun ke-10 Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), di Selangor.

Lebih 100 pemain industri Malaysia-China hadir sebagai sokongan dalam merancakkan industri pelancongan mesra Muslim.

Dalam pada itu ITC terus memperkukuh ekosistem pelancongan mesra Muslim di Malaysia.

Pemangku Ketua Pengarah ITC, Nur Alyssa Coraline Yussin berkata usaha tersebut selaras komitmen kerajaan dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan utama pelancong Muslim.

Pihaknya akan terus memperluas jaringan kerjasama dengan beberapa pihak lain bagi meneroka lebih banyak peluang industri pelancongan.

"Seramai 77 wakil dari negara China dari 23 wilayah di China yang hadir pada sesi suai kenal kali ini. Ini adalah salah satu satu inisiatif yang kita berkerjasama untuk kita bawa wakil-wakil Muslim ke Malaysia untuk kita perkenalkan Malaysia dengan lebih lengkaplah," kata Nur Alyssa.

TETITIA YUSOFF