fb fb fb fb fb

Isu WHO CA+, IHR 2005: Kedaulatan, autonomi negara tidak boleh dicabuli- Zaliha

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

KUALA LUMPUR, 2 November- Kedaulatan dan autonomi negara tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak, tegas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau mengulas berhubung rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Jelasnya, Malaysia belum memuktamadkan sebarang keputusan meraktifikasi atau menolak instrumen baharu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 sebelum 1 Disember depan.

Malah katanya, rundingan penyediaan dokumen Intergovermental Negotiating Body (INB) WHO CA+  masih di peringkat awal dan tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujui.

"Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan komited untuk memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir mengenai isu berkenaan di Dewan Rakyat.

WHO CA+ bermatlamat mencapai kesaksamaan dan keberkesanan lebih besar untuk pencegahan, kesediaan dan tindak balas wabak melalui kerjasama antarabangsa sepenuhnya.

Namun dikhuatiri akan meluaskan kuasa WHO sekali gus mencetuskan peruntukan dalam perjanjian dengan menggalakkan mana-mana kerajaan mengetepikan hak harta intelek mereka.

ZEHRA BINTI ZAMBRI