(Hospital Tuanku Ja'afar Seremban-HTJS)
SEREMBAN, 23 Mei- Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) memandang serius kenyataan yang tular menerusi Facebook 'Afifa Ramli' berkenaan dakwaan pesakit diarah untuk discaj dari wad dalam keadaan masih tidak stabil.
Pengarahnya, Datuk Dr. Zaleha Md Noor berkata, satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular sejak semalam.
Satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan juga akan diwujudkan, khusus bagi menyiasat dengan teliti isu berkenaan.
"Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak tang terlibat sepanjang proses siasatan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.
(Foto hiasan)