fb fb fb fb fb

Isu stokin tertera kalimah Allah, PDRM buka dua kertas siasatan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan terhadap laporan berhubung penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka, KK Mart di Sunway.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Mohd Shuhaily menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 42 laporan diterima di seluruh negara berkaitan isu tersebut.

Kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan.

Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM