fb fb fb fb fb

Isu sindiket tipu kerja dipandang serius

(Foto hiasan)

KUANTAN, 4 September- Kementerian Luar Negeri memandang serius isu rakyat Malaysia yang terlibatĀ dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar Negara.

Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri berkata, "melalui perwakilan Malaysia di negara tersebut, kementerian Luar sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa negara berkenaan bagi membantu menyelamatkan rakyat Malaysia terlibat selain kerjasama dari Polis Diraja Malaysia."

Beliau turut menambah, "sehingga 2 September lalu, bilangan mangsa yang dilaporkan ditipu di Kemboja adalah seramai 148 orang, Laos 22 orang, di Myanmar 2 orang dan Thailand 23 orang.

"Punca utama rakyat Malaysia yang tertarik dengan tawaran bekerja di luar negara adalah kerana gaji yang lumayan, ada sehingga $2000 sebulan.

"Elaun yang tinggi kemudian ada dijanjikan dengan pelbagai faedah dan kemudahan contohnya tempat tinggal, makan serta tawaran percutian berbayar dan pinjaman wang.

"Semua perlu berhati-hati dengan janji yang dibuat." Tegas beliau ketika ditemui pemberita.

(Tangkap layar kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri)

Isu itu terus diberi perhatian kerana beliau telah menerima surat dari Ahli Parlimen Kota Melaka dan ADUN Kesidang, Melaka bagi memohon bantuan kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di beberapa buah Negara pada 2 September lalu.

Jelasnya, semua laporan serta dokumen yang diterima Kementerian nya akan disalurkan terus kepada Perwakilan Malaysia yang berkaitan untuk tindakan
susulan dengan pihak berkuasa negara terbabit.

Bagaimanapun, proses itu tertakluk kepada prosedur dan undang-undang di negara terbabit yang melibatkan urusan siasatan, intipan, usaha menyelamat,
dokumentasi dan sebagainya yang akan mengambil masa.

Beliau menyeru individu atau waris yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara untuk tampil membuat laporan polis bagi
membantu siasatan.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Kementerian Luar melalui Unit Bantuan Konsular Rakyat Malaysia di Luar Negara melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melaporkan secara terus di Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan bantuan selanjutnya.

Media Baharu