Isu laluan bas SK dan SMK Sungai Baging selesai

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika bertemu wakil pengendali rangkaian BAS.MY/Foto FB Datuk Ahmad Farhan

KUANTAN, 1 April – Isu laluan bas, BAS.MY di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging di sini, selesai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Ahmad Farhan menghubungi Menteri Pengangkutan dan Ketua Setiausaha Kementerian bagi menyelesaikan masalah laluan bas sekolah.
  • Beliau bertemu dua wakil Sanwa Tours untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai operasi rangkaian BAS.MY.
  • Menteri Anthony Loke bersetuju menetapkan semula laluan C64 supaya bas melalui kedua-dua sekolah.
  • Sebelum ini pelajar perlu berjalan 800 meter ke hentian utama; perubahan diharap menjamin kebajikan dan akses pendidikan yang lebih baik.

Isu berkenaan berjaya diselesaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, setelah berhubung dengan Menteri Pengangkutan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Beliau turut bertemu dua wakil Sanwa Tours (M) Sdn. Bhd yang mengendali rangkaian BAS.MY bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Hasil usaha tersebut, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah bersetuju untuk menetapkan semula laluan C64, agar perkhidmatan bas dapat melalui kedua-dua buah sekolah tersebut.

Sebelum ini, pelajar kedua-dua buah sekolah itu terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter ke hentian bas di jalan utama.

Sehubungan itu, Datuk Ahmad Farhan berharap usaha tersebut dapat memastikan kebajikan pelajar sekolah berkenaan terjamin dan akses pendidikan yang lebih baik.