fb fb fb fb fb

Isu Duta Enclave: Kerajaan dalam proses rayuan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Oktober -Kerajaan kini sedang dalam proses rayuan terhadap perintah Makhamah Tinggi untuk mengembalikan 106.72 hektar tanah 'Duta enclave' Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemelut itu harus diselesaikan segara demi menjaga hak dan menyelamatkan aset aset negara.

"Oleh demikian kerajaan memutuskan untuk terus menggunakan jalur undang-undang, selain daripada itu kita sedang meneliti langkah untuk meminda undang-undang supaya kita mempertahankan hak undang-undang dan kepentingan awam.

"Dan sudah tentu tidak boleh bercanggah dengan artikel  13 dalam perlembagaan, menghormati hak milik perseorangan sesudah itu", katanya demikian ketika  menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hasaan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pelikuidasi syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd untuk mendapatkan semula tanah di Jalan Tuanku Abdul Halim (sebelum ini dikenali Jalan Duta) yang menempatkan beberapa kompleks bangunan kerajaan kepada syarikat berkenaan.

Keputusan itu membabitkan pengembalikan tanah seluas 106.542 hektar yang dikenali sebagai 'Duta Enclave' kepada pemilik asal syarikat (Semantan Estate), yang menempatkan antaranya bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Arkib Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas mahkamah membenarkan permohonan syarikat terbabit untuk menguatkuasakan perintah 2009.

Menerusi keputusan penghakimannya, beliau memerintahkan kerajaan melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD