fb fb fb fb fb

Ismail teguh tidak mahu sebarang perdebatan dengan parti pembangkang

KUANTAN, 29 Oktober -  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berpendirian teguh tidak mahu menyertai sebarang pendebatan dengan mana-mana parti pembangkang ketika ini.

Ismail berkata lebih baik untuk beliau menjaga kepentingan rakyat berbanding berdebat, yang tidak membawa sebarang hasil selepas perdebatan itu selesai.

Beliau berkata ia boleh disaksikan menerusi sesi debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan sebelum ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan antara Anwar dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berlangsung pada Mei lepas.

"Kita, kerajaan, kerja kita lebih daripada debat , kita mahu pastikan apa yang kita rancangkan, apa yang diumumkan, apa yang dilaksanakan.

"Jika timbul masalah dari segi kos sara hidup meningkat kerajaan perlu lihat perkara ini..untuk mengurangkan bebanan kepada rakyat. Jadi jadi tugas kerajaan itu banyak dan tugas kita bukan setakat bercakap tetapi kita melaksanakan," katanya.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelawaan Ketua Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibhrahim untuk mengadakan pendebatan bersama beliau.

Meskipun, Perdana Menteri telah menyatakan pendiriannya supaya tidak mahu berdebat malah wakil-wakil daripada Parti Keadilan Rakyat masih mengungkitkan isu pendebatan tersebut.

Ismail berkata pendirian itu berbeza daripada parti pembangkang, yang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak perlu melaksanakan apa yang diperkatakan.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadiri Kenduri Rakyat sempena penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Media Baharu