KUANTAN, 29 Oktober - Seramai 35,000 guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara akan dibantu bagi meningkatkan purata pendapatan bulanan mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam usaha membantu guru-guru KAFA yang kini bernaung bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
(FOTO FAIL)
"Saya sudah berbincang dengan KSN tadi, kerana beliau juga bawah JAKIM. Kita akan lihat perkara ini. Bagaimananpun dari segi 'one off' dalam bajet, kita dah umumkan," kata Ismail di sini.
Perdana Menteri ditemui pemberita selepas menghadiri program Kenduri Rakyat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Turut hadir, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussin dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.