Integriti roh kekuatan PDRM, tiada kompromi terhadap salah laku

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) bersama Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad (kiri) pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri hari ini / Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 15 Jun – Integriti merupakan tunjang utama yang menentukan kekuatan dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM), justeru tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah guna kuasa, rasuah atau pelanggaran disiplin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pangkat bukan alasan; tindakan undang-undang dan tatatertib dikenakan terhadap pegawai yang melanggar undang-undang.
  • Tindakan tegas terhadap salah guna kuasa, rasuah dan pelanggaran disiplin bagi mempertahankan dan memulihkan kepercayaan rakyat.
  • Kejayaan PDRM diukur melalui integriti dan profesionalisme anggota, bukan kemegahan aset; semua pegawai mesti menjunjung amanah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pangkat dan kedudukan dalam pasukan bukan alasan untuk melindungi mana-mana individu daripada tindakan undang-undang atau tindakan tatatertib.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengkhianati amanah rakyat dan mencemarkan imej pasukan, bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan terus dipertahankan

“Saya ingin menegaskan bahawa kemegahan sesebuah organisasi bukan terletak pada batu-bata bangunan atau kecanggihan aset semata-mata.

“Bangunan yang tersergam indah ini hanyalah jasad, manakala integriti ialah rohnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Katanya, kejayaan sesebuah organisasi penguatkuasaan tidak hanya diukur melalui kemudahan fizikal atau aset yang dimiliki, sebaliknya bergantung kepada tahap integriti dan profesionalisme warga kerjanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pegawai dan anggota PDRM supaya terus menjunjung nilai integriti serta melaksanakan tugas dengan penuh amanah demi mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.