fb fb fb fb fb

Inspektor polis maut kemalangan

 


FOTO FACEBOOK JSPT KL

 

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Seorang pegawai polis maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 0.4, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini, pada Selasa.

Mangsa, Inspektor Mohamad Faez Paiman, 30, merupakan pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi, di lebuhraya berkenaan dari arah pusat bandar menghala ke Gombak.

"Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah motosikal jenisYamaha LC135 dan Honda RS150.

"Ketika kejadian, mangsa menunggang Yamaha LC135 dari arah Jalan Kuching menghala ke Plaza Tol Sentul," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan motosikal jenis Honda RS150.

"Mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

"Penunggang Honda RS150 cedera di bahagian kaki serta kepala serta dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987

Media Baharu