fb fb fb fb fb

INSKEN jalin kerjasama dengan Majlis Agama Negeri bantu Usahawan Asnaf

Foto Hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 Mac-Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu golongan asnaf menjana pendapatan secara berterusan.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi,  Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama tersebut lebih memfokuskan membantu usahawan mahupun bakal usahawan asnaf

"KUSKOP turut mengadakan kerjasama dengan Majlis,Jabatan Agama Islam Negeri dalam penganjuran bengkel kesedaran bimbingan bagi membimbing usahawan secara 'hands-on' dalam permohonan pensijilan halal menggunakan sistem Myehalal JAKIM", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib.

Benedick turut berkata selain menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan, KUSKOP turut menyediakan Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis serta latihan pemasaran.

Dalam pada itu, KUSKOP melalui INSKEN komited dalam memastikan segala bentuk bantuan dan pembiayaan dapat disalurkan demi kelangsungan pembiayaan dan kewangan usahawan asnaf.

Antaranya menerusi pembiayaan Agensi di bawahnya termasuklah Amanah Iktiar Malaysia, TEKUN, Bank Rakyat dan SME Bank.

"INSKEN turut mengadakan progam Biz Clicik bagi mengenal pasti kursus yang diperlukan bersesuaian dengan kehendak usahawan itu sendiri termasuk bakal usahawan daripada asnaf itu supaya kita maklum apa keperluan barulah kita sesuaikan keperluan itu dengan kursus yang ada di bawah program INSKEN", kata Benedick di Parlimen hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD