fb fb fb fb fb

Insiden Putra Heights: Mangsa dibenar masuk kediaman ambil barang

Foto RTM

SUBANG JAYA, 6 April- Mangsa kejadian kebakaran dan letupan paip gas di kawasan perumahan Putra Heights pada Selasa lalu dibenar untuk memasuki kediaman mereka selama 40 minit bagi mengambil barangan keperluan peribadi serta kenderaan masing-masing.

Tinjauan RTM mendapati kebenaran tersebut diberikan oleh pihak berkuasa selepas kawasan terbabit disahkan selamat untuk dimasuki buat sementara waktu.

Bagaimanapun, penduduk masih belum dibenarkan menetap di kediaman masing-masing sehingga siasatan dan kerja-kerja pemulihan selesai dijalankan.

Menurut salah seorang penduduk, Azam Mokhtar, beliau memasuki kawasan kediaman bersama sebuah lori tunda bagi mengambil keretanya yang turut mengalami kerosakan akibat bahang api yang kuat semasa kejadian itu.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM