fb fb fb fb fb

Insiden kematian di kompleks kerajaan, MOF sedia beri kerjasama penuh

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 5 Mac- Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sedia memberi kerjasama penuh berhubung  satu insiden kematian di kompleks kementerian itu, hari ini.

MOF ketika mengesahkan insiden berkenaan memaklumkan bahawa kementerian itu turut berdukacita dengan insiden terbabit, selain merakamkan takziah kepada keluarga waris terlibat.

"Keluarga waris telah dimaklumkan perkara tersebut oleh pihak berkuasa.

"MOF memberikan kerjasama penuh dan telah menyerahkan hal ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM