PASIR PUTEH, 30 April- Sempadan Malaysia-Thailand terutama di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup.
Ia berikutan kejadian letupan bom serta berbalas tembakan yang berlaku di Gualosira, Pasemas daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.
Jelas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, kejadian berkenaan tidak melibatkan warga tempatan.
Buat masa ini, polis mengambil langkah memperketat kawalan keluar masuk kenderaan di sempadan.
"Pihaknya bersama-sama beberapa agensi penguat kuasa lain yang bertugas di pintu masuk sempadan melakukan pemeriksaan ketat setiap kenderaan yang keluar masuk sempadan.
"Orang ramai yang ingin ke Sungai Golok, dinasihat berwaspada dan menjaga keselamatan diri," katanya kepada pemberita di sini.