fb fb fb fb fb

Innovathon musim ke-2 bermula hujung bulan ini

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 20 November - Program 'INNOVATHON' kembali untuk musim kedua bagi mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan, program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi itu, memberi ruang dan peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk membentangkan inovasi kreatif mereka.

"INNOVATHON sangat membantu realisasikan aspirasi MOSTI bagi merakyatkan sains, menginsankan teknologi dan mengarusperdanakan inovasi melibatkan semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang dan pendidikan,

Kita juga akan pastikan agensi terlibat untuk memastikan pemenang akan membuka perniagaan yang boleh dikomersialkan. Jika tidak sasaran dan matlamat program ini tiada kesan berpanjangan kepada masayarakat." jelasnya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut hari ini.

Program yang mendapat kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi itu, bakal menampilkan gandingan dua Menteri kabinet iaitu Rafizi Ramli dan Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira.

Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir untuk bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.

Program bakal bermula 30 November ini pada setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria sementara saluran TV1 RTM pada 1 Disember, setiap Ahad.

Trainee2