fb fb fb fb fb

Inisiatif Kerajaan MADANI ringankan beban rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi

Datuk Mohd Shahar Abdullah bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri hari ini disifatkan sebagai satu bentuk penghargaan luar biasa kerajaan kepada rakyat, selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, langkah itu diyakini mampu meredakan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.

“Segala inisiatif yang diumumkan ini akan memberi manfaat nyata kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja mengurangkan beban sara hidup, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.

“Kami menyeru rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan MADANI demi memastikan Malaysia terus maju dan sejahtera,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Tambah beliau, usaha berterusan kerajaan dalam menarik pelaburan asing dan memperkukuh ekonomi negara kini dapat diterjemahkan dalam bentuk manfaat langsung kepada rakyat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE