fb fb fb fb fb

Industri e-sukan, berpotensi tinggi sumbang kepada ekonomi negara

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Industri e-sukan perlu dilihat sebagai industri yang berpotensi tinggi dalam menyumbang kepada ekonomi negara, selain daripada melahirkan pemain bertaraf dunia.

Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia, Mohd Fauzi Fadzil berkata industri tersebut berupaya menarik pelaburan asing berkualiti selain menawarkan peluang pekerjaan masa hadapan.

"Kalau kita lihat dalam industri e-sukan ini, bukan hanya kita dapat melahirkan atlet e-sukan bertaraf dunia tetapi kita boleh lihat kepada bidang perniagaan seperti peralatan dan teknologi yang digunakan. Di Asia Tenggara ini, masih belum ada lagi negara yang perasan peluang itu."

"Perkara ini jika kita teruskan dengan sokongan daripada Belanjawan 2024, kita akan lihat Malaysia akan membangun sebagai sebuah hab e-sukan yang hebat di Asia Tenggara," kata Mohd Fauzi kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri Kota Media.


(Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia, Mohd Fauzi Fadzil)

Jelasnya, kerajaan turut menunjukkan kesungguhan membangunkan Malaysia sebagai hab e-sukan.

Menerusi Belanjawan 2024, sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur dalam pembangunan produk digital bersama-sama bakat tempatan.

Media Baharu