fb fb fb fb fb

Ihsan MADANI inisiatif KDN bantu penduduk terjejas banjir

FOTO RTM

KUBANG PASU, 4 Disember- Kementerian Dalam Negeri KDN menyusun perancangan pasca banjir antaranya mengerakkan sukarelawan melalui inisiatif Ihsan MADANI bagi membantu penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif itu diambil bagi menyahut saranan kerajaan untuk  menumpukan usaha kepada pembaikan infrastruktur di negeri-negeri yang terjejas banjir .

Katanya Ihsan MADANI, akan membantu memulihkan institusi seperti masjid, rumah ibadat, dewan, dan sekolah serta  pembersihan kawasan, termasuk sampah pukal seperti almari dan perabot rosak.

"Kelebihan aset KDN, seperti pam berkuasa tinggi dan meriam air akan digunakan untuk membantu membersihkan parit, bangunan, dan kawasan lain.

"Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarahkan untuk menggerakkan program Menyemai Kasih Rakyat bagi menggantikan dokumen pengenalan diri yang hilang akibat banjir, seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran, secara percuma," katanya,

Katanya jumlah penduduk terjejas banjir menunjukkan trend penurunan berikutan keadaan cuaca dan tumpuan kini kepada keadaan kesihatan, persediaan makan dan minum serta penyelarasan agensi dan sukarelawan.

Datuk Seri Saifuddin  berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara PPS di Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi  .

Selain PPS SK Bukit Tinggi beliau turut melawat PPS SK Bukit Hijau dan Pondok Mahad Tarbiah Ismail Derang di daerah Pokok Sena.

Turut dizahirkan  penghargaan kepada petugas yang terlibat dalam operasi banjir di seluruh negara.

Katanya lebih 80,000 petugas daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi banjir ini, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Angkatan Pertahanan Awam APM, RELA, dan lain-lain.

Di Kedah  ia melibatkan 4 ,000 petugas di Kedah, kira-kira 1,000 daripadanya  agensi bawah KDN.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE