fb fb fb fb fb

Ibu Menteri Besar Kedah meninggal dunia

Allahyarham Meriam Ahmad, ibu kepada Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR, 15 Ogos- Ibu kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham Meriam Ahmad meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi.

Solat jenazah dan pengebumian dijangka diadakan di Sik, petang ini.

Sebelum ini media melaporkan Allahyarham menerima rawatan di ICU HSB sejak Isnin.

Allahyarham yang berusia 74 tahun dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik, dan ditidurkan sejak Isnin.

SITI AISHAH MD ISA