fb fb fb fb fb

Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok

Foto hiasan

PETALING JAYA, 30 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga esok.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

Manakala, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).

Keadaan sama turut dijangka melanda negeri Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod.

ROSLINA BINTI DIN