fb fb fb fb fb

Hubungan kerjasama dengan China kukuh, Malaysia tidak terkesan atas tekanan pihak lain

Datuk Seri Anwar menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Bersama Komuniti Perniagaan Malaysia - China

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak tergugat dengan mana-mana tekanan yang diberikan berhubung kerjasama dengan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut adalah untuk mendapatkan manfaat antara satu sama lain melalui serta dapat membantu rakyat Malaysia dan China.

"Kami di Malaysia mempunyai pendirian neutral, mempunyai keazaman untuk bekerjasama dengan semua negara dan dengan China kami melihat Perdana Menteri Li Qiang, kami melihat anda sebagai kawan yang akan bekerjasama dengan kami, bekerjasama untuk membuktikan kepada dunia bahawa perpaduan ini, persahabatan ini adalah bermakna,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Tengah Hari Bersama Komuniti Perniagaan Malaysia - China.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE