fb fb fb fb fb

Hijrah ke arah kebaikan dan kejayaan

Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ridzuan Awang

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Umat Islam perlu mengetahui tujuan dan matlamat hidup agar penghijrahan yang ingin dilakukan dapat membawa diri ke arah kebaikan dan kejayaan.

Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ridzuan Awang berkata penghijrahan bukan sahaja dari sudut material, malah ia meliputi fizikal, jasmani dan rohani.

Malah, katanya umat Islam wajib bersikap peka dan prihatin dengan isu-isu persekitaran terutamanya penggunaan media sosial tanpa sempadan yang semakin berpotensi menghakis akidah dan akhlak.

"Mungkin salah satunya adalah kita kawal penggunaan media sosial, kita tidak boleh post perkara-perkara yang boleh menyakiti hati orang, yang boleh menimbulkan tidak tenteram, kerana satu ayat... dua ayat itu kadang-kadang bila tular boleh membawa satu persepsi dan satu keadaan yang tidak baik. Dalam zaman moden ini satunya komunikasilah, kerana perubahan ini kita harus iringi dengan akhlak dan ajaran agama kita", katanya kepada RTM di Angkasapuri.

Dalam pada itu, mengambil tema Hijrah tahun ini iaitu 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani', Ridzuan berkata umat Islam perlu mewujudkan suasana harmoni, bermuhasabah diri, serta mencari teman dan sahabat yang suka melakukan kebaikan bagi memastikan diri kekal istiqamah dalam melakukan penghijrahan seterusnya menuju kejayaan.

ROSLINA BINTI DIN