fb fb fb fb fb

HFMD: Perlis rekod 1,174 kes setakat semalam

KANGAR, 4 Jun- Sebanyak 1,174 kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di rekodkan di Perlis sejak awal Januari hingga semalam.

Manakala bagi minggu epidemik ke-22 iaitu bagi tempoh 29 Jun hingga hari ini, 238 kes baharu HFMD direkodkan.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata setakat ini tiga lokaliti wabak dikenal pasti masih aktif melibatkan dua buah taska dan satu tabika, namun masih terkawal.

"Masyarakat tidak perlu bimbang, apa yang perlu adalah patuh pada nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam Facebook, dalam kita punya sosial media, memastikan kebersihan diri itu adalah penting.

"Begitu juga kita telah menasihati pengusaha tabika dan taska apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kes jangkitan HFMD di fasiliti masing masing," katanya.

(Dr Sirajuddin Hashim)

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Pelancaran Mychampion Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Perlis turut menjalinkan kerjasama dengan pengusaha taska dan tabika bagi memberi nasihat berhubung kaedah pencegahan wabak berkenaan.

Media Baharu