Hayati makna di sebalik peristiwa Israk Mikraj – Dr Zulkifli

Foto Facebook Dr. Zulkifli Hasan

PUTRAJAYA, 17 Januari – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyeru umat Islam di negara ini agar menghayati makna dan roh di sebalik peristiwa Israk Mikraj yang merupakan mukjizat besar kurniaan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

RINGKASAN BERITA AI
  • Israk Mikraj menunjukkan kekuasaan Allah SWT dan mengesahkan kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW.
  • Kewajipan solat lima waktu ditetapkan dalam peristiwa itu sebagai asas disiplin dan ketaatan umat.
  • Solat membentuk akhlak mulia serta menyumbang kepada keharmonian dan ketertiban masyarakat Islam.
  • Peristiwa mengajar kesabaran, keimanan dan ketaatan mutlak kepada perintah Allah SWT dalam menghadapi ujian.

Beliau menerusi hantaran Facebook menyatakan, peristiwa Israk Mikraj membuktikan kekuasaan Allah SWT serta kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW menjadi asas keimanan umat Islam terhadap perkara-perkara ghaib.

“Kewajipan solat lima waktu yang disyariatkan secara langsung oleh Allah SWT dalam peristiwa agung itu menegaskan peranan solat dalam membentuk disiplin, ketaatan, akhlak mulia dan keharmonian umat Islam.

“Peristiwa Israk Mikraj membawa pengajaran tentang kesabaran, keimanan dan ketaatan mutlak kepada perintah Allah SWT khususnya dalam menghadapi cabaran kehidupan,” menurut hantaran itu.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan