PASIR MAS, 9 DIsember- Hanya Satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 7.00 petang, seramai 230 penduduk daripada 78 keluarga berada PPS di SK Gual Tok Deh.
Sementara itu laman Publicinfobanjir melaporkan, dua batang sungai iaitu masing-masing Sungai Kelantan di Kuala Besar Kota Bharu dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 1.51 meter dan 2.06 meter.