fb fb fb fb fb

Hampir semua negeri dijangka berlaku ribut petir

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku hingga petang ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 November- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.

Amaran itu turut merangkumi dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), di Kedah ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Kelantan pula membabitkan Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Kenyataan MET Malaysia memaklumkan, di Pahang pula ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Turut dijangka terkesan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Trainee2