Hampir 400 sertai Perhimpunan Al-Quds di Kuala Lumpur

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Perhimpunan Al-Quds Sedunia 2026 di ibu negara berlangsung dengan lancar dan terkawal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyerahan memorandum mengandungi tuntutan menghentikan penindasan rejim Zionis di Gaza dan konflik di Asia Barat.
  • Mohd Azmi Abdul Hamid berkata terdapat enam perkara utama dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan AS.
  • Kali pertama memorandum diserahkan secara terus selepas lebih sedekad hanya dimasukkan ke dalam peti surat.
  • Hampir 2,000 peserta berarak dari Tabung Haji ke Kedutaan AS menyampaikan bantahan terhadap penindasan di Gaza.

Perhimpunan, turut menyaksikan penyerahan memorandum yang mengandungi beberapa tuntutan bagi menghentikan penindasan rejim Zionis di Gaza serta konflik berterusan di Asia Barat.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata enam perkara utama terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama memorandum tersebut diserahkan secara terus kepada wakil kedutaan selepas lebih sedekad hanya dimasukkan ke dalam peti surat.

“Berdasarkan rekod, ini adalah kali pertama memorandum diserahkan secara terus. Selama kira-kira 10 tahun, kami hanya memasukkannya ke dalam peti surat.

“Namun kali ini, wakil mereka keluar dan saya bersama Datuk Seri Mukhriz serta Khalid Samad dibenarkan masuk.

“Kami dibawa masuk ke pondok pengawal dan proses penyerahan berjalan dengan sangat lancar. Mereka menerimanya dengan baik dan menyatakan rasa hormat terhadap hak kebebasan bersuara,” katanya.

Kira-kira 380 peserta menyertai perarakan yang bermula dari bangunan Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyampaikan mesej bantahan terhadap penindasan berterusan di Gaza dan konflik di Asia Barat.