fb fb fb fb fb

Hampir 260,000 unit RMM baharu berjaya disiapkan - KPKT

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 November- Hampir 260,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) baharu berjaya disiapkan sehingga kini.

Jumlah itu melepasi 50% daripada sasaran kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), untuk membina 500,000 unit RMM menjelang tahun 2025.

Jelas Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, kerajaan komited untuk memastikan semua rakyat berkeupayaan memiliki rumah yang berkualiti.

"Semua kediaman perlu ada keluasan minimum bagi RMM iaitu 750 kaki meliputi tiga bilik dan dua bilik air. Ini adalah kriteria minimum.

Kita berjaya melepasi sasaran ketika ini membina hampir 260,000 unit dengan peratusan sebanyak 52.38%. Sasaran yang melebihi 50% ini adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai rumah, bukan sahaja bangunan tetapi kediaman," kata Nga di Dewan Negara, hari ini.

Penyataan itu bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, yang ingin tahu usaha kerajaan dalam menyediakan RMM.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM