Hampir 2,000 orang saksi gerhana bulan penuh di Putrajaya

Foto RTM

PUTRAJAYA, 4 Mac- Hampir 2,000 pengunjung menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh bermula pukul 7.23 minit malam di Masjid Putra, Putrajaya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Imam Besar Dr Muhamad Zakuwa berkata gerhana bulan mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
  • Fenomena itu mampu meningkatkan ketaqwaan dan keimanan umat Islam.
  • Solat Sunat Gerhana Bulan dan khutbah ringkas dijalankan mengikut syariat di beberapa masjid.
  • JAWI menggesa masjid di Wilayah Persekutuan mengadakan solat sunat dan khutbah gerhana.

Imam Besar, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali berkata fenomena itu
merupakan peringatan tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan setiap umat Islam.

Bagi pengunjung, Muhammad Aidiel Izzudin Mohd Zaini dia teruja dapat melihat peristiwa besar itu dengan mata kasar, berbanding melihat di televisyen.

Solat Sunat Gerhana Bulan dan khutbah ringkas berkaitan hikmah serta pengajaran juga dilaksanakan sebagaimana syariat Islam termasuk di Masjid Negara dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi hantaran di Facebook menyarankan beberapa masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengadakan solat sunat dan khutbah gerhana pada masa berlakunya fenomena tersebut.