fb fb fb fb fb

Hampir 13 tahun tinggal secara haram, lelaki Singapura ditahan

Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU, 27 Februari- Tindakan seorang warga asing Singapura yang menetap di Johor Bahru selama hampir 13 tahun secara haram, mengundang padah selepas dia diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, semalam. 

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama-sama seorang lagi rakan warga Bangladesh, dalam OPS Bersama di Jalan Wadihana, Johor Bahru pada pukul 9.30 pagi.

Dalam operasi di Pasir Gudang pula, tiga lelaki warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki permit sah kemasukan ke negara ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15 (1)(c) akta sama kerana tidak memiliki permit dan tinggal lebih masa.

JIM Johor memandang serius terhadap isu lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM