Guru wanita terjatuh perigi cedera ringan

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PASIR MAS, 1 Ogos – Seorang guru wanita cedera selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi dengan kedalaman 5.48 meter di Kampung Bata Chicha Tinggi, di sini, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bomba terima panggilan kecemasan pada pukul 7.50 pagi, anggota BBP Pasir Mas bergegas ke lokasi.
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Sarini Md Yusuf, 56 tahun, terjatuh ke dalam perigi di tandas rumah.
  • Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat khas termasuk sistem tali untuk mengeluarkan mangsa.
  • Mangsa mengalami kecederaan ringan dengan calar akibat kesan konkrit, operasi membabitkan enam anggota ditamatkan pada 9.05 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Asraf Mat Naizi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 7.50 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBp) Pasir Mas bergegas ke lokasi.

“Setiba di lokasi, anggota mendapati Sarini Md Yusuf, 56 tahun terjatuh ke dalam sebuah perigi di tandas rumah mangsa.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat khas termasuk sistem tali sebelum diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Lati,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Asraf, mangsa mengalami kecederaan ringan dengan calar di bahagian badan akibat kesan konkrit ketika terjatuh ke dalam perigi berkenaan.

Operasi menyelamat membabitkan enam anggota BBP Pasir ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.05 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.