KUALA LUMPUR, 14 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian terhadap rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang guru bertindak kasar terhadap murid sewaktu penganjuran majlis rasmi di sebuah sekolah yang dipercayai berlaku di Terengganu.
KPM dalam kenyataan berkata, "siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.
"Golongan pendidik dinasihatkan untuk sentiasa memelihara etika dan menjunjung tinggi martabat serta profesionalisme profesion keguruan," katanya.
Bagaimanapun KPM komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.
Sementara itu di ruangan komen turut memaparkan pandangan berkenaan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di khalayak ramai kerana akan memberikan contoh yang tidak baik kepada murid.