fb fb fb fb fb

Guru maut tersepit, nahas dengan lori balak

(R Ganasan, 44, yang bertugas di SJKT Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian/
JBPM Pahang)

TEMERLOH, 14 Jun- Seorang guru maut akibat tersepit dalam kereta selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah lori balak di Jalan Temerloh-Mentakab di sini, pagi tadi.

Mangsa, R Ganasan, 44, yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, nahas melibatkan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dan sebuah lori balak tanpa muatan.

Zulfadli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.39 pagi.

Anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

(Keadaan kereta mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Temerloh-Mentakab,
Pahang/JBPM Pahang)

Media Baharu