fb fb fb fb fb

Gunung Ibu meletus, penduduk kampung dipindahkan

Petir berwarna ungu dilihat sekitar Gunung Ibu/Foto REUTERS

JAKARTA, 19 Mei -Gunung Ibu yang terletak di sebuah pulau terpencil, kepulauan Halmahera kembali memuntahkan abu dan serpihan lahar di langit mengakibatkan tujuh penduduk kampung sekitar gunung berkenaan dipindahkan, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Gunung Ibu dilaporkan meletus pada petang Sabtu memuntahkan abu setinggi sejauh empat kilometer dengan kilatan petir berwarna ungu memancar di sekitar kawah gunung tersebut menerusi imej yang dikongsi oleh Agensi Gunung berapi indonesia.

Sepasukan penyelamat yang terdiri daripada pihak polis, tentera dan pasukan mencari dan penyelamat dikerahkan ke kawasan gunung berkenaan bagi memindahkan penduduk kampung kata jurucakap Agensi Bencana dan Mitigasi, Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Foto yang dikongsikan oleh Agensi Bencana Indonesia mnunjukkan pasukan penyelamat sedang membantu mangsa terlibat dengan beberapa trak dilihat membawa penduduk kampung meninggalkan kawasan gunung sepanjang malam.

Agensi berkenaan tidak memberikan maklumat tentang bilangan mangsa yang dipindahkan, namun, pihak berkuasa mengesahkan kawasan berukuran tujuh kilometer telah dibersihkan.

Agensi Gunung Berapi indonesia pada Khamis telah menandakan penggera amaran gunung berapi ke tahap yang tertinggi selepas Gunung Ibu dilaporkan meletus beberapa kali awal bulan ini.

Letusan Gunung Ibu merupakan siri letusan gunung berapi terbaharu di Indonesia yang dikenali kerana mempunyai 127 gunung berapi aktif dan terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD