fb fb fb fb fb

Guna saluran betul tunai haji, elak didenda

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif / Foto RTM

MADINAH, 10 Mei -Rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji disaran mengikut prosedur permohonan melalui saluran yang betul termasuk mendapatkan visa haji yang sah.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif berkata, ia bagi mengelak mereka dikenakan denda seperti yang diumum kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

"Saya menjangkakan akan ada bukan sahaja yang menaiki basikal,mungkin ada yang bermotosikal dan berkereta, Semua sekali itu tidak kira apa cara sekalipun setahu saya perlu ada permit haji,

"Permit haji seperti di Malaysia melalui Tabung Haji. Itu yang saya katakan tadi, tunaikan ibadah haji dengan tujuan baik, jadi perjalanan menunaikan haji ni kenalah dengan cara yang baik", katanya di sini.

Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak SAR10,000 bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.

Tujuh kawasan tersebut adalah di Mekah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara. 

Peraturan berkuatkuasa bermula 2 hingga 20 Jun 2024 dan dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung.

Peraturan itu diperkenal bagi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD