fb fb fb fb fb

Geran Agropreneur Muda (GAM), 750 usahawan bakal dibantu - MAFI

GOPENG, 27 Mac- Seramai 750 usahawan muda akan dibantu menerusi pembiayaan Geran Agropreneur Muda (GAM) pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata peruntukan RM15 juta disediakan pihaknya dalam usaha meningkatkan produktiviti serta pendapatan golongan tersebut.

Jelasnya sejak 2016, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan bantuan kepada lebih 7,000 usahawan muda di seluruh negara.

"Perlunya golongan muda untuk menyertai bidang pertanian ini dan kerajaan sentiasa memberikan galakan dan bantuan serta insentif dalam memastikan supaya golongan muda ini bukan sahaja dapat meneruskan usaha ini bahkan ia dapat memberikan pulangan yang lebih meyakinkan serta secara lumayan kerana banyak tempat telah kita pergi dan golongan muda telah membuktikan keupayaan masing-masing termasuk mahasiswa-mahasiswa," kata beliau selepas merasmikan Program Jelajah Agropreneur Muda di RTC Gopeng, Perak.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata dalam sidang media
selepas merasmikan Program Jelajah Agropreneur Muda di RTC Gopeng, Perak)

 

Media Baharu